Tiket

Al-Kisah, disuatu zaman, disuatu kediaman, disuatu negri, seorang suami keletihan kerana penat bekerja seharian. lalu dia memanggil isterisnya " Zizah, ambilkan abang air". Sunyi sahaja tanpa balasan suara isterinya. Si suami kehairanan, lalu mencari-cari isterinya disekitar bilik-bilik kediamannya.

maka terperanjatlah dia melihat si isteri sedang berguling-guling di atas katil...dan dengan perasaan marah si isteri bersuara " Awak, nie, kalau saya tidur ade je nak kacau orang...pergi lah ambil air sendiri, itu pun nak suruh kita buat".bentak isterinya.

Si suami tanpa banyak soal, terus melangkah lemah ke dapur mengambil air minuman untuk membasahkan tekaknya yang dari tadi kehausan. Runggut suaminya " aku akan berikan kau hadiah....hadiah yang atas segala budi kau sebagai isteri kepada ku."

Maka mulai dari hari itu, seringlah suaminya memberikan sekeping kertas sebagai hadiah kepada isterinya setiap kali merasakan hatinya disakiti.  Pada permulaanya, si isteri bertanya-tanya mengapa suaminya memberikan dia tiket....suaminya hanya tersenyum. Selang beberapa bulan, si isteri lebih kerap bertanya ...namun suaminya hanya mendiamkan diri....sehinggalah ketika suaminya nazak, maka bertanyalah isterinya bertalu-talu untuk apakah tiket-tiket kertas buatan suaminya yang selalu diberikan suaminya kepadanya.....

Maka sebelum menghembuskan nafasnya, suaminya dengan nada lembut melafazkan..." Semua tiket itu hadiah aku kepada mu, setiap hari-hari kau sakiti hati ku. Satu tiket melambangkan satu hari di neraka...dan jika bumi ini dijadikan dalam masa 6 hari...sebelum manusia dapat mendiaminya, maka kau bayangkanlah hari-hari yang kau akan mendiami neraka".

Maka si suaminya pun terus menghembuskan nafasnya tanpa si isteri dapat memohon maaf.