PARTI PEMBANGKANG HARUS DI TOLAK
Politik dari kacamata insan biasa, adalah usaha-usaha mendapatkan kuasa. Ade pelbagai kaedah untuk mendapatkan kuasa, antaranya; Pangkat, Harta, Kebijaksanaan, pemilihan dsbgnya. Malah dalam ape jua situasi yang berlaku, di mana manusia berkumpul lebih dari seorang,...akan berlaku keadaan di mana seseorang diberi lebih kuasa menentukan. Sebagai contoh, sepasang kekasih, akan wujud seseorang menentukan arah dan tujuan percintaan mereka, berkompromi dalam sesuatu situasi, mematuhi impian bersama, sebahagian memberi harapan, sebahagian lagi menuruti dengan kerelaan.
Politik di Malaysia, dipelopori oleh dua kumpulan. Kumpulan memerintah (BN) dan Pembangkang (DAP, PKR dan PAS). Biarpun kedua-duanya sebuah parti politik, yang bertujuan meraih undi untuk berkuasa, namun pendekatan terhadap memenangi hati pengundi dan penyokong adalah berbeza. BN, terutama UMNO membawa pendekatan pendidikan, di mana pengundi diberi sebanyak info yang mungkin dalam mewujudkan negara yang harmonis, ini termasuk dengan merangka Dasar Ekonomi baru dsbgnya.
Sementara, parti pembangkang membawa pendekatan berkempen, meningkatkan emosi pengikut dan bakal pengikutnya, seperti isu kes-kes makamah Anwar, isu jambatan Pulau Pinang, Rasuah dsgnya. Oleh kerana pembangkang hanya mampu berkempen, maka pendekatan mereka lebih tertumpu kepada HASUTAN, atau serangan emosi. Maka, gambaran atau perspektif negatif akan sebarang usaha kerajaan adalah taktik terkotor mereka.
Justeru itu, pendekatan politik mereka bukanlah berdasarkan intelektual, malahan berdasarkan meningkatkan emosi pengikut dan untuk itu mereka memerlukan pengikut untuk terus mundur dari perspektif pemikiran mereka. Marilah kita menolak parti yang tidak bertanggung jawab ini, PAS< PKR dan DAP, adalah parti yang meniupkan permusuhan....tolaklah mereka.
Friday, April 29, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)